Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lur] | سولور

Definisi : 1. pucuk ranting drpd tumbuhan yg melata atau melilit, carang, julai; 2. akar yg tumbuh drpd cabang dll (pokok beringin, ara, dll); 3. (Bio) tunas yg menjulur (drpd tum­buhan spt bawang dll); 4. Id garisan (dawai dll) yg berlingkar-lingkar spt spring; ~ batang berbentuk melingkar-lingkar spt spring; ~ bayung sj ukiran yg berupa tunas (pd bumbung dll); ~-bulur a) berbelit-belit tidak keruan; b) tidak menentu (percakapan dll); ~ paut sj julai yg tidak berdaun drpd beberapa jenis tumbuhan (utk berpegang atau berpaut pd batang lain); ~ tiang sambungan pd puncak tiang; bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya; menyulur keluar memanjang (tunas drpd beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur; sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yg men­jalar (rotan, sirih, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : sl penyuluh, perisik; ®suluh I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : Pl alas sirih utk pengantin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lur] | سولور

Definisi : 1 pucuk ranting atau julai be­be­r­apa jenis tumbuh-tumbuhan melata atau melilit; pucuk batang muda. 2 akar yg tumbuh pd cabang atau pd dahan (spt yg terdapat pd pohon beringin). 3 tunas yg tumbuh menjulur pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt bawang, pisang). ~ bayung ukiran yg berupa spt tunas pd bumbung rumah. ~-bulur a. berbelit-belit tidak keruan. b. tidak menentu (bkn percakapan dll). ~ paut julai yg tidak berdaun pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk berpaut pd pokok lain (pd pagar dsb). menyulur keluar menjulur (bkn tunas atau pucuk). sulur-suluran beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt sirih, rotan, keledek) yg menyulur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulur (kata nama)
Bersinonim dengan carang, julai;,
Kata Terbitan : menyulur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SulurSuckerPertanianTiadaPucuk yang keluar dari mata tunas sisi di pangkal batang atau akar di bawah aras tanah. Mata tunas pucuk ini tumbuh panjang ke atas untuk menghasilkan tumbuhan yang baru contohnya sulur pokok pisang dan pokok nanas. Sulur sisi pada nanas disebut sulur udara, manakala sulur di bawah aras tanah disebut sulur bumi. Pada pokok pisang pula terdapat sulur pedang dan sulur air.
sulur kelidingsulur kelidingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk sulur keliding.
sulur kacangsulur kacangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk sulur kacang, lazimnya diukir pada bingkai cermin atau gambar dan lain-lain.
sulur bayungsulur bayungKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk sulur bayung, lazimnya diukir pada atap rumah.
sulur bakungsulur bakungKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk daun dan bunga sulur bakung.
daun sulur gadungdaun sulur gadungKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun sulur gadung.
daun sulur bayurdaun sulur bayurKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok daun sulur bayur.
suckersulurHerbaBotani dan BioteknologiPucuk yang keluar daripada mata tunas sisi di pangkal batang atau akar di bawah aras tanah. Mata tunas pucuk ini tumbuh panjang ke atas untuk menghasilkan tumbuhan yang baru, seperti sulur pokok pisang dan pokok nanas. Sulur sisi pada nanas disebut sulur udara, manakala sulur di bawah aras tanah disebut sulur bumi. Pada pokok pisang pula, terdapat sulur pedang dan sulur air.
root suckersulur akarPertanianAgronomi

 Pucuk yang tumbuh daripada dasar batang atau akar. Sulur juga keluar daripada tunggul batang yang telah dipotong. Sulur akar yang terlalu banyak perlu dibuang kerana mengambil nutrien dari pokok utama. Contohnya, sulur akar yang keluar dari pokok pisang perlu dibuang untuk mendapat pokok yang sihat. Selain itu, sulur akar juga digunakan untuk pembiakan anak seperti sukun, kayu manis dan bunga ati-ati.

sulur lemidingsulur lemidingKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pucuk lemiding.
1234567

Kembali ke atas