Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar] | کلوار

Definisi : 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, me­nampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slope ~ off, (colloq) menyelinap keluar, keluar diam-diam: I ~ed off when I saw the supervisor coming, saya keluar diam-diam apabila saya nampak penyelia datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
issue4. offspring, zuriat: the King died without ~, Raja itu mangkat tanpa meninggalkan zuriat; 5. outflow, pengaliran keluar, mengalir keluar: a valve to control the ~ of water, injap utk mengawal pengaliran keluar air; the ~ of blood from the deep cut, darah yg mengalir keluar dr luka yg dalam itu; 6. act of, a. (supplying) pembekalan: the ~ of new uniforms, pembekalan pakaian seragam baru; b. (officially putting forth, producing stamps, currency) pengeluaran, mengeluarkan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exitn 1. way out, pintu keluar: an emergency ~, pintu keluar kecemasan; 2. act, instance of going out, keluar; make o’s ~, keluar; 3. (on motorway) jalan keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let 1 ~ os out, leave place, keluar: he ~ himself out through the window, dia keluar melalui tingkap; ~ so. out, a. allow so. to leave, membenarkan sso keluar; (by escorting to the door) membawa sso keluar: he wouldn’t ~ me out of the house, dia tdk membenarkan saya keluar; I’m busy upstairs, will you ~ the plumber out, saya sibuk di tingkat atas, bolehkah kamu bawa tukang paip itu keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let 1 ~ os out, leave place, keluar: he ~ himself out through the window, dia keluar melalui tingkap; ~ so. out, a. allow so. to leave, membenarkan sso keluar; (by escorting to the door) membawa sso keluar: he wouldn’t ~ me out of the house, dia tdk membenarkan saya keluar; I’m busy upstairs, will you ~ the plumber out, saya sibuk di tingkat atas, bolehkah kamu bawa tukang paip itu keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
exitvi go out, keluar; (of actor, actress) keluar dr pentas: she ~ed quickly after the argument, dia bergegas keluar selepas pertengkaran itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
out3. (indic that so. wants to expel or remove so. else) keluar: they all want you ~, mereka semua mahu kamu keluar; he was forced ~ of the club, dia dipaksa keluar dr kelab itu; 4. (indic that so. no longer wants to be involved in st) keluar: he wants ~, dia hendak keluar; 5. (indic that st is out of concealment, is no longer confined or hidden) a. (of secret) bocor, diketahui ramai: our secret is ~ now, rahsia kita sudah bocor sekarang; b. (of flower) kembang: the daffodils are ~, bunga dafodil sedang kembang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spout vi 1. also ~ out, pour out, menyembur keluar; (in a strong stream or jet) memancut keluar; (of smoke) berkepul-kepul keluar: molten lava ~ed from the crater, leburan lava menyembur keluar dr kawah gunung berapi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outadj & adv 1. a. (indic movement) away from a place, keluar: we are taking them ~ to dinner, kami akan membawa mereka keluar makan malam; four fire engines were sent ~ to help put out the fire, empat kereta bomba dihantar keluar utk membantu memadamkan api; I’ll find my way ~, saya akan mencari jalan keluar; he threw it ~ of the window, dia mencampakkannya keluar tingkap; he must have slipped ~ while we were busy talking, agaknya dia mencuri keluar semasa kita sibuk berbual tadi; we rarely get invited ~, jarang-jarang sekali kami diajak keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
get~ out, a. alight, turun: several passengers got out at the next stop, beberapa orang penumpang turun di perhentian berikutnya; b. leave, go away from, keluar: ~ out!, keluar!; he hardly ever ~s out now, sekarang dia jarang sekali keluar; let’s ~ out of here! The headmaster’s coming!, mari kita keluar dr sini! Guru besar datang!; c. escape, terlepas; (of criminal, mental patient, etc) lepas lari, /melepaskan, melarikan/ diri; (gas, fume, water, etc) keluar: the bull got out last night, lembu jantan itu terlepas malam tadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas