Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini.
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Puisi
 

Hisap sigup tembakau cina,
     Keluar asap berbunga-bunga;
Jangan marah abang bertanya,
     Bunga di taman siapa punya?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(41)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jengulmenjengul menonjol keluar; menyembul keluar:Dr lubang itu, kelihatan kepala manusia ~. terjengul tersembul keluar; terpacul.Kamus Pelajar
pacul II; memaculmemicit atau menekan sesuatu supaya keluar isinya. terpacul 1 terkeluar melalui kulitnya kerana dipicit atau ditekan; tersembul keluar. 2 keluar atau datang dgn tiba-tiba; terjengul.Kamus Pelajar
asapwap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi.Kamus Pelajar
terpacul1 terkeluar melalui kulitnya kerana dipicit atau ditekan; tersembul keluar. 2 keluar atau datang dgn tiba-tiba; terjengul.Kamus Pelajar
pancar; berpancaranmemancut (keluar) ke berbagai-bagai arah atau ke sana sini. memancar 1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan. memancarkan 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. pancaran 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. pemancaran perbuatan (hal dsb) memancar atau memancarkan. pemancar 1 alat utk memancarkan; alat yg memancarkan: ~ air alat utk memancarkan air. 2 sesuatu yg memancarkan: alat ~; stesen ~.Kamus Pelajar
keluar tertangguh(deferred exit)Pindahan kawalan daripada atur cara utama atau subrutin kepada subrutin pada masa yang ditentukan oleh peristiwa tak segerak, bukan pada masa yang ditetapkan.Kamus Komputer
keluar(exit)1. Tindakan memindahkan kawalan atur cara dari suatu kedudukan dalam algoritma atau atur cara ke tempat lain. 2. Tindakan berhenti menjalankan suatu gelung dan berpindah ke kedudukan pelaksanaan seterusnya. 3. Titik dalam algoritma atau atur cara tempat kawalan dipindahkan ke tempat lain.Kamus Komputer
keluar aben(abend exit)Jalan keluar yang boleh diambil oleh sistem untuk mengambil alih kawalan apabila terjadi pengakhiran abnormal.Kamus Komputer
bual IIpancaran atau luapan air yg keluar (spt air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1. memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2. ki keluar sekaligus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb).Kamus Pelajar
menyorotkeluar memancar (bkn sinar); bersinar: Lampunya ~ keluar.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas