Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.luar] | کلوار

Definisi : 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, me­nampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menye­babkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), mem­berhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), meng­ucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. meng­hasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) ber­ada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (ling­kungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Puisi
 

Hisap sigup tembakau cina,
     Keluar asap berbunga-bunga;
Jangan marah abang bertanya,
     Bunga di taman siapa punya?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(41)

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(39)

Majalah

Dewan Masyarakat | Siapakah Pembunuh S. Krishnasamy?
campur tangan samseng yang membabitkan wakil rakyat dan politik. Polis juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan beliau bermotifkan politik dan perniagaan. Mengimbas kembali detik pembunuhan tersebut, siasatan awal mendapati bahawa Krishnasamy keluar dari keretanya di hadapan bangunan tersebut dan ditembak ketika dalam perjalanan naik ke tingkat dua dengan menggunakan lif. Menurut saksi, selepas kejadian, seorang lelaki kelihatan meninggalkan bangunan tersebut dalam keadaan sebuah majlis anjuran MIC yang bakal berlangsung. Sebelum mesyuarat tersebut bermula, iaitu pada pukul 2.30 petang, Murugan bersama-sama rakan yang lain terdengar bunyi das tembakan yang menyebabkan mereka keluar dari bilik berkenaan. ___ Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat April 2012. Share Hantar Maklum Balas Nama (wajib) E-Mel (wajib) (tidak akan disiarkan) Laman Web Hantar 2873 Klik di
Dewan Budaya » 2014 » March
agenda pelancongan saya di Xiamen sangat biasa – menaiki teksi di lapangan terbang terus ke jeti feri, lalu ke Pulau Gulangyu, masuk ke dalam hotel, mengurung diri pada waktu siang, dan keluar pada waktu malam. Seolah-olah Xiamen ialah Gulangyu, dan Gulangyu memaknakan segala-galanya di Xiamen. Mujurlah Xiamen tidak marah kerana sikap tidak ambil peduli saya. Keterpesonaannya mula-mula umpama teh
Dewan Budaya » Sekeliling Kita
untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan menyebabkankenderaan yang masuk keluar ke kawasan itu agak terhad. Situasiini menyebabkan keadaan di situ benar-benar lengang dan sunyi,serta tidak sibuk dengan laluan kenderaan seperti di jalan lain di ibukota. Oleh hal yang
Dewan Budaya » 2013 » June
manifestasi demokrasi yang menjadi pilihan dan amalan rakyat negara ini. Lebih 80 peratus daripada 13.2 juta rakyat negara ini yang layak mengundi telah membuktikan ketaatsetiaan mereka sebagai warganegara untuk keluar membuang undi! Satu lagi petunjuk jelas ialah semangat cintakan negara, lebih-lebih lagi dua juta orang pengundi muda keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Penerima Anugerah SEA Write Award 2011, SM Zakir dalam catatannya di laman media sosial Facebook tiga hari selepas PRU13 menyatakan, “Sebahagian besar daripada perubahan masyarakat pada era
Dewan Budaya » 2014 » July
menjajah” pemikiran sehingga menjadi pak angguk (yes-man) semata-mata walaupun dalam tradisi ilmu Barat, menjadi pak angguk merupakan sesuatu yang dipandang sepi. Sikap mengiakan apa-apa sahaja menjadi jalan keluar yang mudah sebagai cerminan ketandusan ilmu yang tidak mempunyai asas falsafah dan peradaban ilmu yang kental. Keadaan inilah yang sedang berlaku apabila ilmu dijadikan sebagai alat yang sangat halus untuk
Dewan Budaya » 2015 » July
keturunan tersebut untuk menyambung legasi sebagai pembesar istana. Setelah selesai upacara meletakkan pedang di bahu, pembesar itu akan berundur hingga tempat kerisnya diletakkan. Kemudian pembesar itu kembali menyembah sultan sebelum keluar dari istana. “Sebaik-baik pembesar menyembah sultan, mereka akan diserkup dengan kain hitam dan terus dibawa keluar dari istana,” terang Ayob. Waktu ini merupakan masa yang cukup mencabar kepada pembesar yang baru dilantik kerana perlu melalui pantang larang yang dinyatakan kepada mereka lebih awal. Mereka dilarang sama
Dewan Masyarakat | Selamatkan Nyawa Kanak-kanak
pada 12 Mac lalu, negara sekali lagi digemparkan dengan kematian tragis kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau panggilan manjanya Dirang. Dirang diculik pada 1 Mac lalu ketika keluar bersendirian membeli mi segera berhampiran rumahnya di rumah pangsa Seri delima, Bandar Seri Alam, Johor Bahru. Setelah 12 hari berlalu, mayat Dirang ditemui di dalam lubang di sebuah tapak perumahan bapa di negara ini. Mereka perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dan memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan keselamatan anak mereka. Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, sikap membiarkan anak keluar bersendirian harus dibendung. “Ibu bapa perlu mengambil iktibar atas kes culik dan bunuh ke atas kanak-kanak sebelum ini. Sudah tiba masanya mereka menyedari bahawa persekitaran tidak menjamin keselamatan anak
Dewan Masyarakat | 2010 | Oktober
Kebanyakan negara yang berjaya dalam bidang sukan menggunakan ilmu sains sukan kepada atletnya seperti Amerika Syarikat, Australia, China, Jerman dan lain-lain lagi. Share Politik Pasir Sosial “Kalau anda membawa keluar batu, selepas ini anda akan membawa keluar sebuah bangunan, sebuah gunung, kemudian sebuah negara.” Sesuatu yang wajar dipelajari daripada peringatan itu adalah bagaimana Turki menyemai dan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyatnya, hatta untuk melindungi
Dewan Budaya » 2014 » June
zaman dinasti Ming dan Qing, iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1911. Tembok kota purba Pingyao mempunyai kepanjangan lebih daripada 6000 meter. Tingginya pula 12 meter. Terdapat enam buah pintu keluar masuk di empat belah tembok kota yang berbentuk umpama seekor kura-kura. Dalam kebudayaan tradisional China, kura-kura merupakan lambang umur yang panjang. Arkitek dan pembina kota purba Pingyao berharap
Dewan Budaya » 2015 » September
sebagai faktor dan alasan bagi kenaikan harga setiap barangan yang dijual di premis mereka. Kini pengguna ibarat harimau yang luka dan ingin mengamuk. Mereka perlu bertindak balas atau mencari jalan keluar daripada sistem ini serta bertransformasi hingga 100 peratus dan 360 darjah. Jika tidak, pengguna pasti bermasalah. Waktu ini perlu dimanfaatkan sebaik-baik mungkin bagi merangka strategi untuk mengurangkan tempias CBP
Dewan Budaya » 2018 » July
untuk mengadakan pertemuan sama ada pejabatkerajaan, syarikat perniagaan, kompleks, kedai atau taman rekreasi. Sebagai tempat kediaman eksklusif yang terasing dan tidakmenjadi jalan penghubung utama di antara kawasan menyebabkankenderaan yang masuk keluar ke kawasan itu agak terhad. Situasiini menyebabkan keadaan di situ benar-benar lengang dan sunyi,serta tidak sibuk dengan laluan kenderaan seperti di jalan lain di ibukota. Oleh hal yang
Dewan Masyarakat | Kebanjiran Warga Asing Mendatangkan Keburukan?
Kes kecurian, pergaduhan dan pembunuhan sering berlaku akhir-akhir ini. Kegiatan pelacuran dan perdagangan manusia juga semakin meningkat. Selain itu, negara kita menanggung kerugian lebih daripada RM4 bilion melalui aliran keluar mata wang secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka. Hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara. Manakala dari segi putaran modal
Dewan Masyarakat | Kenangan
dihormati rakyat Sabah dan Malaysia amnya. aki bermaksud nenek moyang dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Salleh Majid Satu dalam 1000 Kenangan Seperti mana kata-kata yang keluar daripada mulutnya, begitu juga perkataan diluahkan dalam baris ayat tulisannya − bernas, pedas dan sedap dibaca. Kita mudah memahami isu ekonomi apabila membaca hasil buah fikiran beliau selaku kolumnis majalah dan
Dewan Masyarakat | 2011 | Januari
meninggalkan gunung berapi yang berusia 400 ribu tahun itu amat menyentuh perasaan banyak pihak. Share Apabila pentafsiran sejarah dicampur-aduk dengan putar-belit politik, hujah seperti Mat Sabu pasti terpacul keluar. Bagi golongan ini, tiada etika dalam periwayatan sejarah. Jauh sekali untuk melihat sesuatu fakta sejarah secara objektif. Share UPNM Eksklusif tetapi Inklusif Sejarah UPNM cukup unik. Berbekalkan pengalaman selama lapan
Dewan Budaya » 2012 » November
amatlah hangat! Di corong-corong radio kini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedang rancak membuat kempen membudayakan sains dan teknologi yang akan mencetuskan pula inovasi dan kreativiti. Masyarakat diajak untuk keluar dari kepompong pemikiran biasa menjadi “luar biasa”. Kedua-dua cerita di atas sebenarnya menonjolkan budaya menegur.Budaya menegur dalam kalangan masyarakat Malaysia ini amat unik disebabkan oleh kepelbagaian bangsa yang
Dewan Budaya » 2013 » July
2016, anjurkanlah program dan jemputlah saya.” Bersalah tetap bersalah.Yang pasti kesalahan masa silam menjadi satu palit hitam dalam kehidupan mereka.Suatu babak baharu kehidupan harus dimulakan sebaik sahaja melangkah keluar dari tembok jeriji itu, dengan pedoman dan arah tuju yang lebih jelas.Sokongan masyarakat sememangnya amat membantu mereka yang patah ranting pohon kehidupan ini. Pemodenan dan urbanisasi menyebabkan anggota masyarakat
Dewan Budaya » 2014 » November
sayup suara lelaki mendendangkan sebuah lagu lama dengan petikan gitar kapuknya. Semakin lama semakin hampir dengan siulan tersebut, yang akhirnya ditemukan dengan seorang pemetik gitar yang lokasinya di bucu pintu keluar masuk stesen kereta api KTM. Dalam fikiran, tiadakah penguat kuasa yang melarangnya untuk terus bermuzik di sekitar ini? Atau lelaki ini, seperti dalam babak filem tempatan, apabila menemui penguat kuasa
Dewan Budaya » 2015 » February
membayar barang di gedung beli-belah atau di mana-mana sahaja yang memerlukan kita berurusan dengan kakitangan lain. Sebelum memulakan sebarang urusan di kaunter kerajaan atau swasta, ayat pertama yang keluar daripada mulut petugas are you alright ? dan pastinya dibalas dengan ayat I am OK and how about you?. Meskipun dianggap biasa-biasa sahaja, perbualan itu mewujudkan hubungan yang baik ketika

Kembali ke atas