Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ tim­bul sekejap tenggelam se­kejap timbul. menenggelami mem­banjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebab­kan tenggelam; mengaram­kan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman per­i­­hal (perbuatan dsb) teng­ge­lam, menenggelami atau me­nenggelamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
submerge ~ os, tenggelam: he ~d himself in work, dia tenggelam dlm kerjanya; she was absolutely ~d in the activist movement, dia benar-benar tenggelam dlm gerakan aktivis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sinkvi 1. be submerged a. (in water) tenggelam; (of ship, boat, etc) karam, tenggelam: the corpse sank like a stone, mayat itu tenggelam spt batu; the ship sank and all hands were lost, kapal itu karam dan semua anak kapal hilang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
go~ under, a. sink, tenggelam: the ship went under, kapal itu tenggelam; b. become bankrupt, menjadi bankrap: the family business went under, perniagaan keluarga itu menjadi bankrap; c. be known as, dikenali dgn nama: the daffodil also ~es under the name of Lent lily, bunga dafodil juga dikenali dgn nama Lent lily; d. hide o’s identity under the name of, menggunakan nama: the fugitive went under the name of Bloom, orang pelarian itu menggunakan nama Bloom;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subside b. (of the ground) tenggelam: mining had caused the earth to ~, perlombongan telah menyebabkan tanah itu tenggelam; c. (of building) makin turun: the building ~d because of bad foundations, bangunan itu makin turun disebabkan asasnya tdk kuat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
submerged adj under water, tenggelam; (of submarine) berada di bawah permukaan air: the ship struck a ~ rock, kapal itu terlanggar batu tenggelam; the submarine remained ~, kapal selam itu terus berada di bawah permukaan air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sunken 3. submerged, /tenggelam, terbenam/ di dasar + approp n: the dark interior of the ~ wreck, bahagian dalam yg gelap bangkai kapal yg tenggelam di dasar laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bob1n 1. short down-and-up movement, tenggelam timbul: I watched the ~ of his head as he swam, saya melihat kepalanya tenggelam timbul semasa dia berenang; 2. quick curtsy or bow, merendahkan diri sececah; give a ~, merendahkan diri sececah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eclipsevt 1. obscure (heavenly body) melindungi: for a few minutes, the sun will be ~d by the moon, utk beberapa minit, matahari akan dilindungi bulan; 2. (fig.) overshadow, (act.) menyebabkan tenggelam; (pass.) tenggelam: she is ~d by her sister who is prettier and highly talented, dia tenggelam oleh kakaknya yg lebih cantik dan berbakat itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drownedadj 1. killed by being submerged in water, mati lemas: the ~ passengers, penumpang-penumpang yg mati lemas; 2. submerged, tenggelam; ~ valley, lurah tenggelam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eclipsen 1. (of sun, moon) gerhana: solar ~, gerhana matahari; 2. loss of brilliance, fame, importance, etc, tenggelam: Kipling’s poetry, after a long ~, is being read again, setelah lama tenggelam, sajak-sajak Kipling dibaca semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas