Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ tim­bul sekejap tenggelam se­kejap timbul. menenggelami mem­banjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebab­kan tenggelam; mengaram­kan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman per­i­­hal (perbuatan dsb) teng­ge­lam, menenggelami atau me­nenggelamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sinking linetali pancing tenggelamPerikananTiadaTali pancing yang direka supaya mudah tenggelam bagi membolehkan umpan serangga tiruan tenggelam. Tali pancing jenis ini tenggelam pada kadar yang berbeza mengikut jenis ikan yang dipancing.
floatpelampungKejuruteraanPetroleumUnsur pasangan kawalan paras cecair yang direka sedemikian rupa supaya akan berfungsi apbila pasangan ini tenggelam seluruhnya tau tenggelam sebahagian saja di dalam cecair yang parasnya dikawal oleh pasangan yang berkenaan. Biasanya berbentuk separuh berekor bulat dengan dasar yang pipih. Dalam penggunaannya, umumnya pasangan ini akan dihubungkan dengan injap kawalan yang akan mengatur kadar aliran masuk atau aliran keluar cecair ke atau dari bejana yang bersangkutan. Dengan demikian, paras cecair di dalam bejana tersebut boleh dipertahankan pada takat yang dikehendaki.
shoreline of submergencepinggir laut tenggelamGeografiTiadaGaris pesisir yang tenggelam akibat kenaikan aras laut atau penurunan aras daratan.
sinkage platformpelantar tenggelamKejuruteraanTiadaPelantar atau kapal yang boleh timbul atau tenggelam untuk mengangkut struktur luar pantai atau kapal.
sink tiptikas tenggelamPerikananTiada1.����� Bahagian hujung tali pancing layang yang mudah tenggelam. Tali pancing sedemikian digunakan untuk memancing ikan di bawah permukaan air. 2. Kawasan sempit di antara tikas air pasang dengan air surut yang menjadi tempat tumpuan pemancing. 3. Jajaran sungai yang mempunyai sedikit arus. Jajaran ini menjadi tempat tumpuan pemancing kerana terdapat banyak ikan. Contohnya, di empangan.
sinking-tip linetali pancing separa tenggelamPerikananTiadaTali pancing yang boleh terapung keseluruhannya kecuali bahagian hujung tali yang dipasang dengan umpan serangga yang bersifat mudah tenggelam. Tali pancing jenis ini sesuai digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau di kawasan air tidak berarus. Jenis ikan yang menjadi tumpuan adalah daripada jenis yang agresif.
submerged springmata air tenggelamHidrogeologiTiadaMata air yang meluahkan airnya di bawah permukaan air bebas, sebagai mata air bawah laut atau mata air bawah tasik. Sin.: mata air bawah air, mata air tenggelam
diving weightpemberat selamPerikananTiadaPemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang.
sinktenggelam; lekuk; lohong; sinkGeografiTiadaTiada
sinktenggelam; lekuk; lohong; sink;takuk arah tebanganPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas