Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1 masuk ke dlm air dan karam (ttg kapal dll): Sampai di kuala sungai, perahu itu dibedil oleh kapal Belanda lalu ~. 2 masuk dan terbenam ke dlm air dll; lw timbul. 3 masuk atau terbenam (ttg matahari). 4 ki hilang atau lenyap oleh sesuatu: Beberapa buah syarikat kerjasama telah ~ kerana pengurusannya lemah. 5 ki terlalu asyik (melakukan sesuatu); leka: Dia ~ dlm lamunannya. ~ punca menjadi bingung. ~ tim­bul sekejap tenggelam se­kejap timbul. menenggelami mem­banjiri atau menggenangi (ttg air): Banjir yg berlaku baru-baru ini telah ~ beberapa buah kawasan di situ. menenggelamkan 1 menyebab­kan tenggelam; mengaram­kan: Kapal selam itu telah ~ sebuah kapal musuh. 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. penenggelaman per­i­­hal (perbuatan dsb) teng­ge­lam, menenggelami atau me­nenggelamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[teng.ge.lam] | تڠݢلم

Definisi : 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun mene­rus­kan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau meng­genangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad ber­juang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindak­an) menenggelamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggelam (kata kerja)
1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap,
Berantonim dengan timbul

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem,
Berantonim dengan timbul

4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,

5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus,
Berantonim dengan muncul

Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman,

Puisi
 

Lancang tenggelam kita berenang,
     Sampai ke tepi terkena duri;
Boleh abang masuk meminang,
     Takut ayah tidak memberi.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Majalah

Dewan Budaya » 2015 » June
tidak bercerita dia membuka langkah silat serimau itom seni pertahan diri selama dua dekad di sini baktinya terserlah di Pasir Salak dia menemukan mayat Birch pada 1875 membantu British yang tenggelam minda tiga hari tiga malam mayat sejarah itu tersembunyi di perut Sungai Perak. Guru Silat Pawang Ana bukan sebarang pawang dia bukan penyelam tetapi pendekar dia guru silat serimau itom dibeli oleh Magellan kerana kebolehannya mengendalikan bahtera. Hal ini bukanlah aneh kerana bangsa Melayu memang memiliki ilmu pelayaran dan ilmu perkapalan yang tinggi. Kalau nakhoda kuranglah faham, alamatnya kapal akan tenggelam. Menurut Hasrina Baharum yang memetik Mohd. Rohaizat Abdul Wahab, teks klasik China abad kelima dan ketujuh mendedahkan bahawa orang dari alam Melayu memiliki kapal yang mampu membawa 1000 orang, selain
Dewan Masyarakat | Tragedi Januari 2012
nama Costa Condordia yang membawa 4229 orang termasuk anak kapal melanggar kawasan berbatu di perairan Pulau Giglio, Wilayah Tuscany, Itali, sehingga menyebabkan kapal yang seberat 112 ribu tan ini hampir tenggelam. Sehingga penulisan ini dihasilkan, sekurang-kurangnya 11 nyawa terkorban dan kira-kira 29 orang masih hilang masing-masing 14 orang warga Jerman, enam orang rakyat Itali, empat orang penumpang Perancis
Dewan Masyarakat | 2012 | Februari
ramai yang berdepan dengan situasi ini tentunya berasa serba salah. Tidak menghulur salah, menghulur pun salah. Lebih-lebih lagi apabila sumbangan derma sebegini membabitkan soal amal jariah. Share Dunia bakal tenggelam dengan timbunan sampah sarap yang dihasilkan sendiri oleh tangan manusia! Masakan tidak, lihat saja situasi pada hari ini, sampah sarap setiap hari bertambah jumlahnya. Manusia pula sering menuding jari dan
Dewan Budaya » 2013 » September
selesa hingga hampir karam kehilangan kuasa pentadbiran.Hal inilah yang harus diakui secara jujur bahawa berpunca daripada kemelut kuasa dengan kemudi bangsa sebagai tonggak kapal keharmonian negara ini bakal hancur tenggelam diamuk badai politik dendam, benci, dan iri hati. Jujurnya harus diakui tindakan berlebih-lebihan ahli politik dalam mengaut undi golongan muda seperti menghalalkan apa-apa jua cara demi mencapai matlamat
Dewan Budaya » 2014 » July
sama sekali, seperti yang berlaku dalam disiplin ilmu di universiti moden hari ini. Perbincangan antara satu disiplin dengan disiplin yang lain tidak lagi lancar – tidak ada ikatan yang jelas,kadangkala tenggelam punca yang mengakibatkan berbagai-bagai krisis tamadun hari ini. Hal ini berlaku kerana tidak lagi mempunyai apa-apa nilai dalam dunia moden yang taasub dengan kepentingan tersendiri. Akhirnya, ilmu falak
Dewan Masyarakat | Panorama
Kinabalu yang disayangi dan dihormati rakyat Sabah dan Malaysia amnya. aki bermaksud nenek moyang dan nabalu bermaksud gunung. Mereka percaya bahawa ... "Baca selanjutnya." Manusia Berjiran dengan Sampah? Panorama Dunia bakal tenggelam dengan timbunan sampah sarap yang dihasilkan sendiri oleh tangan manusia! Masakan tidak, lihat saja situasi pada hari ini, sampah sarap setiap hari bertambah jumlahnya. Manusia pula sering menuding jari dan
Dewan Masyarakat | 2011 | Jun
Beban Berganda Sosial Sudah banyak janji sama ada di pihak pemaju atau pihak yang berkepentingan untuk memberikan bantuan, tetapi sehingga sekarang nasib puluhan ribu orang mangsa projek perumahan terbengkalai masih tenggelam timbul. Share « Rencana Terdahulu Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP • • • • • • • Selamatkan Nyawa Kanak-kanak • Tragedi Westgate: Konflik Berdarah di Afrika • “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu
Dewan Budaya » 2012 » December
maya luas. Raja laksana nakhoda, negara bangsa laksana bahtera, laluan yang ditempuhi laksana gelombang pelayaran. Yang diperlukan, kebijaksanaan dan kearifan nakhoda, melayari bahtera dalam keadaan padu dan selamat agar tidak tenggelam dalam badai gelombang samudera.” Baginda mengimbas sejarah fungsi dan peranan institusi Raja dalam masyarakat Melayu yang akhirnya membentuk sebuah negara bangsa pada tahun 1957. Baginda menegaskan, peranan institusi Raja bukan
Dewan Budaya » 2014 » March
seseorang pengunjung muzium akan bertikam dengan Hang Jebat atau merasai kehidupan zaman Perak Man, yang bercawat yang menjadikan haiwan sebagai makanan. Mungkin juga pengunjung dapat berteriak “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” atau tenggelam lemas bersama-sama Flor de la Mar. Idea ini mungkin kelihatan tidak waras – lebih mudah jika disebut gila – tetapi idea yang demikian, jika dapat direalisasikan, mampu membudayakan aktiviti mengunjungi muzium

Kembali ke atas