Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUANKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan.
Tatabahasa10.01.2013
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN YANG SAMA DALAM FORMAT POWERPOINTKEDAI KEK & MAKANAN RINGAN PERLU DITUKAR KEPADA KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN.

Setelah membuat pembetulan, sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses kelulusan.
Tatabahasa10.01.2013
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. Makna06.03.2008
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi?Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan).Makna30.04.2007
Adakah ia betul untuk sekolah/tadika menggunakan buku bahasa melayu yang menggunakan perkataan seperti "gogel" (kaca mata renang), "Barbeku" (barbeque) "snek" (makanan ringan) / "stimbot". Ini bukan perkataan bahasa melayu dan ada pula pelbagai jenis buku dengan pelbagai perkataan bahasa lain. Saya risau kanak-kanak tidak dapat membezakan mana satu yang betul? Terperanjat saya mendapat tahu 'pengetip kuku' kini dikenali sebagai 'pemotong kuku'.Ejaan barbeku, snek dan stimbot telah diterima pakai dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Ejaan gogel tidak disenaraikan. Dalam hal ini lebih baik gunakan cermin mata atau kaca mata renang.Ejaan21.02.2008
Bolehkah saya terjemahkan 'coffee time' kepada waktu berkopi?Coffee time dalam istilah pentadbiran perniagaan diberikan padanan waktu rehat iaitu, waktu berehat yang pendek pada waktu pagi atau petang yang menyajikan kopi atau teh dan makanan ringan. Lagipun, secara amalannya, ada pelbagai jenis minuman bukan sahaja kopi yang boleh diminum masa rehat, maka waktu berkopi sangat harfiah terjemahannya.Istilah09.04.2014
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ?Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015
SAYA NAMA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MALAYU SAYA INGIN BERTANYA TRNTANG APAKAH MAKNA MAKANAN?Menurut data kami, maksud makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dan lain-lain); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebaginya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015
Networking Break for Refreshments di dalam bahasa malaysia.Sila nyatakan konteks penggunaan untuk memastikan padanan yang tepat . Walau bagaimanpun padanan bahasa Melayu bagi  refreshments ialah makanan dan minuman ringan, networking ialah rangkaian dan break boleh membawa maksud waktu rehat bergantung pada konteks penggunaan.   Penyemakan dan penterjemahan19.11.2008
1