Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)