Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,

Peribahasa

640

A bad shearer never had a good sickle

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad shearer never had a good sickle.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(48)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Had umur pemandu di naikkan. Bagus!Khairul Asfamawi KhulidinDewan Siswa1 December 1985
Ma'had al-Zaytun Rahmatan Lil 'Alamin'Razali Che MatDewan Sastera1 June 2001
Awang Had Salleh tidak pernah melupai jasa guruAziz TalibDewan Masyarakat1 October 1998
Awang Had SallehJunaidah Ahmad GhazaliPelita Bahasa1 November 1996
Awang Had SallehTiadaTunas Cipta (Mekar Sastera)1 April 2005
The City Had ShrunkSuhaimi Haji MuhammadMalay Literature1 June 1998
Perkaitan antara had dengan kemajuanTiadaDewan Siswa1 March 1996
(Pantun)Awang Had SallehDewan Budaya1 June 2001
PihakAwang Had SallehPelita Bahasa1 April 1990
PolitikAwang Had SallehPelita Bahasa1 September 1991
123456789

Kembali ke atas