Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.tu] | جيتو

Definisi : kena pd tempatnya, tepat benar: dia menjawab pertanyaan itu dgn ~; menjitukan mengenakan dgn tepat (jawab­an, pukulan, dll), memberikan jawaban, dll secara tepat: ~ pendapat serta memperoleh jawaban yg tepat; kejituan perihal jitu, ketepatan, kewajaran: Husserl menerima dan memperakui ~ pendapat mereka; tidak cukup dgn hanya menggunakan istilah dan tatabahasa yg betul sahaja, tetapi seharusnya dapat me­mancarkan ~ bahasa; penjituan proses menjitukan sesuatu benda: pembaikan imej boleh dilakukan melalui komputer dgn menggunakan perisian ~ imej kodak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.tu] | جيتو

Definisi : (paling) tepat: Orang itu dpt menjawab pertanyaan saya dgn ~. kejituan keadaan atau sifat jitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jitu (adjektif)
Bersinonim dengan tepat, betul, benar, sah, sahih, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : kejituan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tiada usaha jitu menyokong dasar bahasaHassan AhmadDewan Bahasa1 February 2001
Bina Karangan Deskriptif yang JituAwang SariyanPelita Bahasa1 April 2002

Kembali ke atas