[ke.cil] | کچيل
Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)