Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1. orang yg tertua dan banyak penga­lamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, per­kumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, peng­hulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. meng­angkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin, kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : 1 orang yg tertua dan banyak pengalamannya (di kampung dll). 2 orang yg menjadi kepala atau pemimpin dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, jabatan dll. ~ istiadat orang yg dilantik utk mengawasi segala istiadat dlm istana. ~ kampung orang yg mengepalai orang-orang di kampung. ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. ~ menteri a. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid. ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara, yg terdiri drpd seorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong. ~ pejabat orang yg menjadi ketua dan bertanggungjawab ttg perjalanan sesebuah pejabat. ~ persatuan pemimpin sesuatu persatuan. berketua mempunyai ketua: Mereka sudah lama tidak ~. berketuakan mempunyai atau mengambil seseorang sbg ketua: Kami tidak mahu ~ si bangsat itu. mengetuai menjadi ketua kpd; mengepalai; memimpin: Beliau telah ~ pasukan tsb sejak dua tahun yg lalu. mengetuakan mengangkat atau melantik sbg ketua; menjadikan sbg ketua. Mereka telah ~ dia kerana dia berpengalaman. pengetua orang yg mengetuai sesebuah sekolah, maktab, pusat latihan dsb: ~ Maktab Perguruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tua] | کتوا

Definisi : pemimpin sesuatu kumpulan; kepala: Abdullah telah dilantik menjadi ~ darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ketua Kampung BaharuFirdaus H.N.BAHANA1 April 2008
Ketua Menteri Sarawak selepas Taib MahmudJeniri AmirMasa1 April 2006
Ketua satu GAPENA:antara hemah dan tohmahRozninah Abd AribDewan Sastera1 November 1997
Ketua BahagianNan DingDewan Sastera1 August 1998
Ketua FINAS nak undur diriTiadaSarina15 February 1983
Ketua TNB baruTiadaDewan Siswa1 October 1996
Ketua Menteri Sabah yang baruTiadaDewan Siswa1 July 1996
Pandangan Ketua Satu PUSPA tentang senario sastera kiniAbham T.R.Dewan Sastera1 January 2007
Tuk KetuaOthman PutehDewan Pelajar1 August 1981
Anwar Ketua PembangkangTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
1234567

Kembali ke atas