Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tu.kan] | مننتوکن

Definisi : 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menentukan kualiti fail digitalSharkawi Che DinDewan Kosmik1 March 2003
Menentukan LatarOthman PutehPelita Bahasa1 March 2003
Menentukan Citra Lirik lagu MelayuWan Mohd. Saophy Amizul Wan MansorPelita Bahasa1 July 2003
Menentukan pembahagian tigaAhmad SukiDewan Siswa1 June 1986
Menentukan nombor yang boleh dibahagi 11Ahmad SukiDewan Siswa1 November 1986
Menentukan hari sesuatu tarikhAli YaakubDewan Siswa1 December 1979
Menentukan bahagian buku2 dalam pentadbiran perpustakaanSyed Ahmad AliDewan Bahasa1 June 1960
Takdir Menentukan Segala-galanyaZanaIbu1 August 2000
Sikap menentukan pencapaian bahasa Melayu pelajarNawi IsmailPelita Bahasa1 September 1993
Masalah menentukan representasi dalaman dalam kajian fonologiZaharani AhmadJurnal Dewan Bahasa1 December 1991
123

Kembali ke atas