Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ring.kat] | ڤريڠکت

Definisi : 1 had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa ~. 2 kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd ~ menteri akan diadakan tidak lama lagi. berperingkat mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. memeringkatkan membahagikan kpd beberapa peringkat; mengadakan peringkat-peringkat: Seterusnya biji ini diperingkatkan mengikut besar kecilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peringkat-peringkat sistem pendidikanTiadaDewan Masyarakat1 December 1988
Peringkat dan nilai keislaman dalam puisi (Analisis puisi Dewan Sastera Mac 2008)Awang Azman Awang PawiDewan Sastera1 April 2008
Peringkat penilaian cherpenNorzahDewan Bahasa1 April 1964
Perbandingan peringkat permulaan antara novelMunsyi SasteraPelita Bahasa1 May 2006
Perlindungan peringkat awalMohd Rosli MohamadDewan Masyarakat1 June 1995
Memulai peringkat perjuang baharuTiadaDewan Bahasa1 September 1959
Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak (jawi)Marriya YusupJendela SarawakTiada
Penangguhan BBSN Peringkat Negeri Sarawak di MiriNorazan KartiniJendela Sarawak1 December 2007
Anugerah di Peringkat Antarabangsa Ibarat Mimpi yang Tidak BerkesudahanFaisal tehraniDewan Sastera1 May 2000
Perkhemahan Perdana Peringkat SekolahMohd Azemi Zakuan AyonDewan Siswa1 February 2009
12345678910...

Kembali ke atas