Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ran.cu] | رنچو

Definisi : tidak teratur, campur aduk, kacau (ba-hasa); merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan, mengacaukan; kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan: kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita ber­bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ran.cu] | رنچو

Definisi : bercampur aduk; kacau (ttg bahasa). merancukan menjadikan rancu; mencampuradukkan. kerancu­an hal atau keadaan rancu: ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rancu (adjektif)
Bersinonim dengan kacau, bercampur aduk, bercampur baur, bercelaru, cacamerba, kecoh, kelam-kabut, karau, tidak tentu arah, tidak tentu hala;,
Kata Terbitan : merancukan, kerancuan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahasa yang rancu cerminan fikiran yang celaruRusmadi BaharudinPelita Bahasa1 July 1995
Sumurung, mitra, rancu, semampaiTiadaPelita Bahasa1 June 1995
Bahasa dalam kartun dan karikatur antara yang baik dengan yang rancuAnuar ManshorDewan Bahasa1 July 2008

Kembali ke atas