Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama (berjalan, ber-gerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg ditinggalkan dahulu; bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; bersaingan bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn taring; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menjadi kawan; teman: Wahi memang ~ saya yg baik. bersaing 1 bergerak ke arah yg sama; berjalan bersama-sama: Mari kita ~ pergi ke ladang. 2 tidak berjauhan letaknya; berdampingan: Ketika menonton tadi, dia duduk ~ dgn saya. menyaingi mengikut serta; mengiringi: Ketika samĀ­pai di simpang itu, banyak orang yg ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pasangan yg sepadan; jodoh atau regu yg berpatutan: Gadis itu tidak akan menerima pinangan orang yg bukan ~nya. bersaing berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendakĀ­ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. menyaingi melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. saingan lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. bersaingan ada saingannya; dlm keadaan bersaing. persaingan perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saing
1. Bersinonim dengan teman
( kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, konco, )
(kata nama:)
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan sama
( serta, bersekali, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berasing

Kata Terbitan : bersaing, bersaingan, menyaingi,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Daya SaingShaari A. B.Dewan Sastera1 August 2007
Daya saing Asia TenggaraMohamed Aslam Gulam HassanDewan Masyarakat1 November 1995
Senjata daya saingAhmad Julaihi ZenDewan Ekonomi1 March 1995
Mengekalkan daya saing sektor perkilanganWong Hock TsenDewan Ekonomi1 June 1996
Melahirkan mahasiswa yang berdaya saingMuhammad Hafiz BadarulzamanDewan Masyarakat1 June 2007
IKS perlu mampu berdaya saingNur Adilah HanimDewan Ekonomi1 September 1997
Daya maju dan daya saing dalam peribahasaAripin SaidPelita Bahasa1 April 1998
Belanjawan 2008: strategi memacu daya saing negara demi kesejahteraan rakyatMustafa DakianDewan Ekonomi1 October 2007
Akta Koperasi 1993... pindaannya menggerakkan daya saingAbdul Ghani AwangDewan Masyarakat1 August 1996

Kembali ke atas