Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lut] | سلوت

Definisi : lumpur: ia duduk di atas batas sambil menyapu-nyapu ~ di betisnya; jejak ~ kaki terbenam prb membuat sesuatu hal yg tidak diketahui benar-benar akhirnya akan men­dapat kekecewaan; berselut 1. penuh dgn selut: di sana sini terdapat kawasan yg berlembah dan ~; sungai itu sudah tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya semakin cetek dan ~; 2. diselaputi atau dikotori selut, kena selut: basuh tayar yg ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lut] | سلوت

Definisi : tanah yg lembik dan berair; lumpur. berselut 1 banyak terdapat selut; penuh dgn selut: Terusan lama itu tidak mampu menampung bot atau kapal yg masuk kerana dasarnya yg semakin cetek dan ~. 2 diselaputi selut; kena selut: Di tengah sawah itu, tubuh Jusoh ~ hingga ke atas kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selut (kata nama)
Bersinonim dengan lumpur, lunau, becak, geluh, lanyau, kukup, lolok, luluk, lahar, lanar;,
Kata Terbitan : berselut,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Terbenam di Selut KemelutNazim Mohd. SubariDewan Sastera1 February 2008

Kembali ke atas