Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Serupa tetapi Tidak SamaAbdul Ghalib YunosPelita Bahasa1 January 2000
Serupa TembokSaswa, PipinHorison1 July 2007
Serupa tetapi berbezaAsiah IdrisPelita Bahasa1 April 1990
Serupa tetapi tidak samaIbrahim AhmadPelita Bahasa1 May 2000
Serupa Tidak SamaSulaiman Haji DuramanBahana (Lembaran Mastera)1 September 2004
Serupa tapi tak samaDjamily, BachtiarPelita Bahasa1 July 1993
Serupa Tidak SamaSulaiman Haji DuramanDewan Sastera (Lembaran Mastera)1 August 2004
Tak Serupa Kawan'Ugly Girl' 92Dara.Com1 July 2007
Kita Serupa MerekaAs SyramyDewan Agama & Falsafah1 October 2006
Hiponim : serupa tapi tidak samaAbd. Rahim MahmoodPelita Bahasa1 September 1999
123

Kembali ke atas