Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nat] | تنت

Definisi : 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nat] | تنت

Definisi : 1 letih atau penat sekali; letih lesu: Nafasnya pendek-pendek kerana ~ bekerja. 2 sangat kuat (ttg sakit dsb); teruk: Dia terpaksa pulang ke kampungnya kerana orang tuanya sedang sakit ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenat (adjektif)
1. Bersinonim dengan letih lesu: penat lelah, jerih,
Berantonim dengan segar

2. Bersinonim dengan teruk: berat, parah, serius, genting, kritikal, melarat, akut, keras, kuat,
Berantonim dengan ringan

Kata Terbitan : ketenatan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ekonomi dunia tenat?Md Shukri ShuibDewan Ekonomi1 July 2008
Teater Melayu tenatSabri Mohd ZinDewan Budaya1 June 2008
Seri Paduka Tenat?Shah Rizal FaizalPelita Bahasa1 April 2002
Bumi semakin tenatSiti Marziana SaripDewan Siswa1 February 1995
Sastera semakin tenat dan terpinggirSoh Hai LeeDewan Sastera1 January 2005
Mengelakkan ayah dari tenatIsmail HusseinMastika1 September 1974
Teater kita masih tenatAziz DeramanMastika1 January 1983

Kembali ke atas