Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisah­kan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan, Ternstroemia bancana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi kerbau atau bunyi katak. menguak mengeluarkan bunyi kuak; berbunyi (bkn kerbau atau katak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuak (kata kerja)
Bersinonim dengan selak, singkap, buka, dedah;,
Kata Terbitan : berkuak, terkuak, menguak, menguakkan,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
reng[ÄeN]kata namatenaga, kudrat.Reng diyo kuak pado ore laeng, pasa diyo make makjong.[ÄeN di.j ku.wA/ pA.d .ÄE lAeN pA.sA di.j mA.kE mA/.dZoN]Tenaga dia lebih kuat daripada orang lain sebab dia makan makjun.
radok[Ä:A.d/]kata namasejenis penyakit sesak nafas, asma.Smale Mok Teh radok kuak sapa keno masok spita.[smA.lE m/ teh Ä:A.d/ ku.wA/ sA.pA k«.n mA.so/ spi.tA]Malam tadi Mak Teh sesak nafas yang teruk sampai terpaksa ditahan di hospital.
pelunggo[p«.luN.go]kata namakayu yang dipacakkan ke tanah (untuk mengikat lembu dan lain-lain), ancang, tunggul.Unje pelunggo lembu tu kuak, lucuk ke.[un.dZE p«.luN.go l«m.bu tu k:u.wA/ l:u.tSu/ kE]Pacakkan pancang lembu tu kuat-kuat, nanti terlucut.

Kembali ke atas