Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sau] | ريساو

Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jauh jelak[dZA.oh dZ«.lA)/] berkenaan tempat yang terlampau jauh.Mung tok soh dok rusing takok diyo ambak la, diyo dok jauh jelak lagi.[muN t/ sh d/ Äu.siN tA.ko/ di.j Am.bA/ lA di.j do/ dZA.oh dZ«.lA)/ lA.gi]Kamu janganlah risau takut dia kejar, dia masih terlampau jauh.

Kembali ke atas