Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh] | سوڠݢوه

Definisi : 1 sesuai dgn keadaan sebenar­nya; benar; betul: Adakah ~ engkau hendak pergi ke Kuantan? 2 terlalu sekali; amat; sangat: Panas ~ hari ini. sungguh-sungguh tidak main-main; dgn segenap hati; dgn tekun: Belajarlah ~. sungguhpun di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. bersungguh-sungguh bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. menyungguhkan 1 mengakui ke­benar­an sesuatu; membenarkan; meng­iakan: Kami semua mengangguk, ~ kata-katanya. 2 mengusahakan benar-benar supaya tercapai apa-apa yg dicita-cita­kan; berusaha sungguh-sungguh utk. kesungguhan 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. sesungguhnya sebenarnya; se­betul­nya: ~ hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Ogah-ogah di dalam bandul,
     Batang kelapa dalam padinya;
Sungguh-sungguh tiada padul,
     Manakan lupa dalam hatinya.


Lihat selanjutnya...(188)
Peribahasa

Sungguh kawat yang dibentuk,
     ikan ditebat yang diadang.

Bermaksud :

Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(23)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lek-lek[lE)/.lE)/]kata adjektifbenar-benar, betul-betul, sungguh-sungguh.Takdi ambo tengok lek-lek bendo tu dok ado sini.[tA/.di Am.b tE.N/ lE/.lE/ b«n.d tu do/ A.d s:i.ni]Tadi saya tengok betul-betul benda tu ada di sini.
abih o[] bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan; abih reng, abih te.Maso blawe tu, ambo buwak abih o doh, kaloh jugok.tu  Semasa perlawanan tu, saya dah berusaha bersungguh-sungguh, tapi kalah juga.
abih te[A.bih tE] bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan; abih o, abih reng.Aku baco abih te doh, tok leh jawak prekso gak, tok tahu la. Aku dah belajar bersungguh-sungguh, kalau tak dapat jawab soalan periksa, tak tahulah.
abih reng bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan; abih o, abih te.Ambo tolok abih reng doh tapi tok degih.[Am.b t.l/ A.bih ÄEN dh tA.pi t/ d:«.gih]Saya sudah tolak bersungguh-sungguh tapi tidak berganjak.
betak[b«.tA/]kata adjektiflambat melakukan sesuatu pekerjaan, lembab.Mung ni betak sungguh buwak krijo, pasa tu mung tingga sokmo.[muN ni b«.tA/ suN.goh bu.wA/ kÄi.dZ pA.sA tu muN :Kamu ni lambat sungguh buat kerja, sebab tulah kamu selalu ketinggalan.
cawak eko[tS:A.wA/ E.k] ungkapan yang menunjukkan pekerjaan yang dibuat secara bersungguh-sungguh.Diyo lari cawak eko sebak keno ambak ko anying[di.j lA.Äi tS:A.wA/ E.k s«.bA/ k«.n Am.bA/ k A.øiN]Dia lari bersungguh-sungguh sebab kena kejar anjing.
celiko[tS«.li.k]kata adjektifberkenaan sikap culas atau suka mengelak daripada melakukan sesuatu pekerjaan.Celiko sungguh budok ni, kalu suroh wak krijo lari slalu.[tS«.li.k suN.goh bu.d/ ni kA.lu su.Äoh wA/ kÄi.dZ lA.Äi slA.lu]Celiko sungguh budak ni, kalau suruh buat kerja terus menghilangkan diri.
jebeng[dZ«.beN]kata namabulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang.Jebeng Pok Ali lebak sungguh, pasa tu budok- budok takok ko diyo.[dZ«.beN p/ A.li l«.bA/ suN.guh pA.sA tu bu.d/.bu.d/ tA.ko/ k di.j]Jambang Pak Ali lebat sungguh, sebab tulah ramai budak takut padanya.
kerah keng[k«.ÄAh keN] tidak mahu mengalah atau menurut kata, keras kepala.Budok ni kerah keng sungguh, ore royak duo tigo kali buwak tok denga jah.[bu.d/ ni k«.ÄAh keN suN.goh .ÄE č.jA/ du.w ti.g kA.li bu.wA/ t/ d«. NA dZAh]Budak ni keras kepala sungguh, orang cakap dua tiga kali buat tak dengar saja.
gaha[gA.hA]kata kerjamelawan bersungguh-sungguh, lawan.Kalu diyo buwak mung dulu , mung gaha gilah.[kA.lu di.j bu.wA/ muN du.lu muN gA.hA gi.lAh]Kalau dia yang mulakan dulu, kamu lawanlah.
1234

Kembali ke atas