Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
notok[n:.t/]kata kerjamengelupas dengan agak teruk akibat jatuh.Abih notok palo lutut, jatoh muto.[A.bih n:.t/ p:A.l lu.tu/ dZA.toh mu.to]Habis mengelupas kepala lutut sebab jatuh moto.
lek[le)/]kata kerjamengelak daripada terkena pukulan, tikaman dan lain-lain.Mujo aku de lek, kalu tidok parok keno behe.[mu.dZo A.ku dE le)/ kA.lu ti.d/ pA.č/ k«.n bE.hE]Mujur aku sempat mengelak, kalau tak teruk kena pukul.
radok[Ä:A.d/]kata namasejenis penyakit sesak nafas, asma.Smale Mok Teh radok kuak sapa keno masok spita.[smA.lE m/ teh Ä:A.d/ ku.wA/ sA.pA k«.n mA.so/ spi.tA]Malam tadi Mak Teh sesak nafas yang teruk sampai terpaksa ditahan di hospital.

Kembali ke atas