Glosari Sains Untuk Sekolah
| mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| monosit | monocytes | Sel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. | Menengah Atas |
Kembali ke atas