| bergerak | move | Beralih dari satu tempat ke tempat yang lain. | Sekolah Rendah |
| penghantaran maklumat | transmission of information | Pemindahan pesanan atau maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. | Menengah Atas |
| telegraf | telegraph | Alat yang digunakan untuk menghantar mesej atau berita dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang jauh menggunakan kuasa elektrik. | Sekolah Rendah |
| pergerakan | movement | Proses peralihan objek dari satu tempat ke satu tempat. | Sekolah Rendah |
| pengaliran haba | heat flow | Proses pergerakan tenaga haba dari tempat yang panas ke tempat yang sejuk. | Menengah Rendah |
| gerak alih | locomotion | Pergerakan keseluruhan organisma, biasanya terhad pada haiwan, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. | Menengah Atas |
| tempat perlindungan | shelter | Struktur yang dapat melindungi manusia atau haiwan daripada bahaya. Contohnya, gua. | Sekolah Rendah |
| tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tapak semaian | nursery | Tempat anak benih atau anak pokok ditanam sementara sebelum dipindahkan ke tempat lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| uterus | uterus | Tempat embrio atau fetus berkembang dalam organ pembiakan wanita. | Menengah Rendah |