| telus | 1. dapat masuk ke dlm lubang dll, terus menembus, bulus, celus, lulus; 2. mudah difahami atau diketahui (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): setiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan dilaksanakan segera; meneluskan menyebabkan telus: tidak ada pe-luang ~ sinarnya ke celah-celah pohon yg rendang; ketelusan keadaan atau sifat yg terus terang (tiada hal yg tersembunyi, disangsikan dsb): perlunya ~ dlm urusan kewangan negara; Malaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yg dilaung-laungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bulus I | 1. dapat masuk, lulus, tembus; 2. kena pukulan (dlm permainan pencak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terdedah | 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dedah | ; terdedah 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; keterdedahan perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yg wujud dlm negeri; dedahan 1. sesuatu yg didedahkan; 2. hasil mendedahkan; pendedahan 1. perihal mendedahkan (memaparkan, menampakkan, memperlihatkan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memengap | 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumpul | 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gagah | 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengap | 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (kerana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, melemaskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bocoran | 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| celus | boleh lulus (masuk, lepas) ke dlm sesuatu (melalui lubang dll), dapat lepas (keluar); ~-celas keluar masuk, celum-celam; mencelus masuk (ke dlm lecah dll); tercelus termasuk (ke dlm lecah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |