Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
daya (kuasa) kudaukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenaga kudabp kuasa kuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuasa kudaa. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuasa kudaa) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat);Kamus Dewan Edisi Keempat
daya kuda(Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
pacuan1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya ber­kuasa menggerakkan kenderaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kuda1 beberapa jenis binatang besar berkaki empat yg tangkas berlari (dan biasanya digunakan sbg tunggangan), Equus caballus. 2 = daya (kuasa) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (tenaga yg diperlukan utk mengangkat sesuatu seberat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat). ~ belang kuda yg badannya berbelang-belang, Equus burchell. ~(-~) laut binatang laut yg kepalanya menyerupai kepala kuda, Hippocampus hudsonius. ~ lumba kuda yg dipelihara khas utk diadu berlari. ~ padi kuda yg kecil. ~ tezi kuda yg pantas berlari. kuda-kuda, kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. kuda-kudaan kuda tiruan (dibuat drpd kayu dll). berkuda menggunakan kuda; menunggang kuda: pasukan ~. memperkuda 1 melakukan spt kuda. 2 memperlakukan sekehendak hati; membodoh-bodohkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuda I1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuat­an utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur­-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuning-kuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditung­gang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpe­nunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menye­rupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pem­belengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak­-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. mem­buat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (meme­lihara) kuda; 2. kandang kuda.Kamus Dewan Edisi Keempat
daya I1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacu1. besi tajam atau bulat bergigi-gigi yg dilekatkan pd tumit kasut (dipakai utk men­cepatkan kuda berlari); 2. (Komp) tindakan menggerakkan atau melaksanakan perisian atau perkakasan; 3. (Komp) tindakan menya­lurkan data atau isyarat dr satu titik ke titik yg lain; berpacu 1. ada pacunya, memakai pacu; 2. digertak dgn pacu supaya berlari deras; 3. berlumba lari dll; ~ kuda berlumba kuda; memacu 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; pacuan 1. perlumbaan (kuda, sapi, dll); anak ~ penunggang kuda lumba, joki; kuda ~ kuda lumba; 2. tempat atau padang perlumbaan (kuda dll); 3. yg dipacu oleh: kenderaan ~ empat roda; ~ empat roda sistem kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya berkuasa menggerakkan kenderaan; pemacuan perihal (proses, perbuatan, tin­dakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; pemacu 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas