| memasukkan | 1 membawa atau membiarkan masuk; menyuruh masuk atau menyuruh menyertai sesuatu pertubuhan dll: Doktor telah menyuntik kami utk ~ ubat yg dpt mencegah penyakit itu. 2 menaruh di dlm sesuatu; menyimpan: Dia ~ RM50.00 pd tiap-tiap bulan ke dlm akaun simpanannya di bank itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jel | /jél/ bangunan tempat menahan orang salah; penjara: masuk ~ masuk penjara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| meresap | 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mempersudikan | 1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyudikan | 1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muara | tempat air sungai masuk ke sungai lain atau masuk ke laut; kuala. bermuara masuk atau mengalir ke sungai atau ke laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyelusup | 1. masuk ke dlm hutan (semak dll), masuk ke bawah sesuatu; 2. masuk dgn diam-diam (ke kawasan musuh dll), menyeludup; ® susup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selusup | ; menyelusup 1. masuk ke dlm hutan (semak dll), masuk ke bawah sesuatu; 2. masuk dgn diam-diam (ke kawasan musuh dll), menyeludup; ® susup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seludup | ; menyeludup 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sembunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu, menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom; menyeludupi masuk ke dlm tubuh manusia (roh jahat, orang halus, dll), merasuk; menyeludupkan 1. menyembunyikan, menyorokkan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, menjunamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh; seludupan sesuatu yg diseludupkan: mereka telah lama berlangganan dgn Wim tentang barang ~; penyeludupan perihal menyeludup(kan); penyeludup orang yg menyeludup(kan) se-suatu: Danil seorang pembunuh dan ~ besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg boleh menye-rang sambil menjunam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyeludup | 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sembunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu, menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |