| merempah-rempahi | 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merempahi | , merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menjalinkan | 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| halau | ; menghalau 1. melakukan sesuatu yg mengarahkan binatang menuju ke sesuatu tempat, menggiring: ~ lembu masuk kandang; 2. = menghalaukan mengenyah(kan), mengusir: tangannya bergerak-gerak spt orang ~ nyamuk; maka Maharaja Isap dihalaukan oleh Tun Kecil; penghalauan perihal atau perbuatan menghalau, pengusiran, pengeyahan; penghalau 1. orang yg menghalau; 2. alat utk menghalau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rempah II | benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah; merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalin | 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ambung I | keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di atas belakang; masuk ~ tak masuk bilang prb kalau mengerjakan sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatikan; mengambung membawa dgn ambung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seludup | ; menyeludup 1. masuk bersembunyi: ia ~ ke bawah rumah; 2. masuk (sesuatu kawasan dll) secara haram: ada motobot yg secara gelap ~ ke dlm perairan Malaysia; 3. masuk dgn diam-diam (bersembunyi-sembunyi): bagaimana aku dapat ~ ke daerah musuh? 4. (turun, terjun, terbang, dll) dgn kepala dahulu, menjunam: kapal terbang itu ~ serta menjatuhkan bom; menyeludupi masuk ke dlm tubuh manusia (roh jahat, orang halus, dll), merasuk; menyeludupkan 1. menyembunyikan, menyorokkan; 2. memasukkan (barang dll) se-cara haram atau gelap: barang dagangan itu akan diseludupkan ke Jepun atau ke Eropah; 3. memasukkan sesuatu dgn diam-diam, me-nyusupkan: kadang-kadang penyair sengaja ~ ciri-ciri prosa dlm ciptaan mereka; CIA juga ~ ejen-ejen Chile ke dlm kumpulan pimpinan atasan dlm parti Allende; 4. menggerakkan (menerjunkan dll) arah ke bawah atau menye-rong ke bawah, menjunamkan: ~ kapal terbang-nya ke kawasan pertahanan musuh; seludupan sesuatu yg diseludupkan: mereka telah lama berlangganan dgn Wim tentang barang ~; penyeludupan perihal menyeludup(kan); penyeludup orang yg menyeludup(kan) se-suatu: Danil seorang pembunuh dan ~ besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg boleh menye-rang sambil menjunam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kira | 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa; sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya; 2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya; kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; berkira = berkira bicara; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; mengira 1. menghitung (wang dll), mencongak: bibirnya kumat-kamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula; 2. memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom; 4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu; 5. mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira; mengira-ngira 1. menghitung-hitung, mencongak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya; mengirakan, mengira-ngirakan menghitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikira-kirakan; terkira terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitungan, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran; pengira orang yg mengira, penghitung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tenggelam | 1. masuk terbenam ke dlm air dll, kelelap, lwn timbul: perahu itu ~ dipukul ribut; 2. masuk air dan karam (perahu, kapal, dll): telah datang ke laut Selan, hujan tiada, ribut tiada, tiba-tiba kapal itu dgn segala isinya ~; 3. masuk atau terbenam (matahari): setelah matahari ~ maka mereka pun meneruskan perjalanan; 4. ki menusuk masuk (senjata tajam spt pisau, keris, dll), menoblos, membenam: separuh mata parang itu ~ ke dlm lehernya; 5. ki terjerumus atau termasuk ke dlm (keadaan yg buruk, kesengsaraan, dll): ~ dlm hutang; kenyataan itu membuat aku ~ dlm keraguan; 6. ki sangat asyik (hingga terlupa akan yg lain), mabuk: mereka ~ di dlm angan-angan dan rungutan hati masing-masing; 7. ki hilang atau lenyap (oleh sesuatu): suara pemuda tadi ~ di dlm suasana yg bising di situ; ~ punca menjadi bingung; ~ timbul a) sekejap tenggelam sekejap timbul; b) ki sekejap muncul (ada, kelihatan, jelas, terang dsb) sekejap hilang (tiada, perlahan dsb): suaranya ~ timbul; mati ~ mati lemas (dlm air);untung sabut timbul, untung batu ~ prb untung-untungan mengerjakan sesuatu (jika untung baik, jika nasib malang binasa); yg disuruh ~, yg menyuruh pun ~ prb orang yg lebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas (sia-sia belaka akhirnya); menenggelami 1. membanjiri atau menggenangi (tentang air dsb): kawasan-kawasan yg rendah telah ditenggelami air; 2. ki menyebabkan lenyap atau hilang: tempik sorak gembira rakyat Asyur ~ rintihan dan tangisan tawanan tersebut; menenggelamkan 1. membenamkan ke dlm air dll: rakyat Belanda dr abad ke abad berjuang melawan ancaman air laut yg hendak ~ buminya; 2. menjadikan karam (kapal dll), mengaramkan, mengelebukan: di Selat Sunda, di Selat Bali, kapal-kapal selam Jepun ~ mangsanya; 3. ki menjadikan tidak kedengaran (kelihatan dll), menghilangkan, menghapus-kan, melenyapkan: suara Kak Putih lantang ~ suara yg lain; penenggelaman perihal (perbuatan, tindakan) menenggelamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |