| as I | IB gandar, pasak, sumbu: kereta itu patah ~nya; beras mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| skru | sj pasak atau paku besi yg berbenang atau beralur badannya (yg diputar utk memasang); ~ gila skru yg tidak sekata benangnya (alurnya); menskru 1. memasang skru; 2. membuat benang atau alur pd batang besi supaya menjadi skru, membuat skru; menskrukan memasang (melekatkan dll) sesuatu dgn skru; penskru alat utk membuat (membenang) skru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gandar I | 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| selang I | 1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antaranya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, berganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi mengarangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai penduduknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau proses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (mengantarai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rasa | 1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar, masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa: gula manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~ sedih (kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut, dll); mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd pendapat saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya: rasanya sedikit benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn, seakan-akan, seolah-olah, selaku: dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu; rasakan lebih enak drpd rokok kita pasak kampung; serasa bayang hilang semangat; 7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu): ~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan; 8. memikir, mengagak, menganggap: saya ~ dia belum pulang lagi; dia ~ tidak ada gunanya mengamuk; ~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan; berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah; ~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung; merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; merasakan 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya; terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga hatinya; terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya; kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa; perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demons-trasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum; berperasaan 1. ada atau mempunyai perasaan: orang yg tidak ~; mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan: pelukannya menjadi semakin kuat dan ~; perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~ lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering mengeluarkan air mata apabila berhadapan dgn anak-anak yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan; berperasa mempunyai perasa (bkn makanan): biskut krim ~ buah-buahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |