Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanya1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
enggantidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas