Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kericik Isj tupai kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerlihsj tupai yg kecil, Callosciurus spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
rodensia(rodénsia) (Bio) binatang mamalia kecil, spt tikus, arnab dan tupai, yg mem­punyai gigi depan yg tajam dan kuat utk mengunggis makanan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
kera I1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
saga I1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelapasj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleret-leret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas