Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perkara (kata nama)
1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,

2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,

Kata Terbitan : memperkarakan,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi mana orang tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi mana orang kenangkan?


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi tuma;
     kepala tersorok ekor kelihatan.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh).

 

Lihat selanjutnya...(98)

480

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sungai dan menggalakkan pengenapan bahan yang terhakis. Em- pangan ini dibina untuk mengelakkan hakisan yang melampau. (BIO) check routine (rutin semak) Rutin atau tatacara rutin yang digunakan untuk menyemak sesuatu perkara. (KOM) checkout test (ujian semakan) Siri ujian yang dilakukan oleh pengatur cara untuk menyemak atur cara yang dikarang untuk mendapatkan penilaian lengkap. (KOM) chelate (kelat/bersepit) Perihal struktur yang berbentuk untuk menukarkannya kepada kuantiti dalam suatu unit yang lain. (KEJ) convex mirror (cermin cembung) Lihat diverging mirror. (FIZ) cookbook (buku masak) Dokumen yang menerangkan secara terperinci, langkah demi langkah sesuatu perkara pada perkakasan atau perisian. (KOM) cooker control unit (unit kawalan pemasak) Alat tambah elektrik yang mempunyai suis pemencilannya sendiri. Unit ini dikhaskan untuk kawalan pemasak dan biasanya dilengkapi satu soket

Kembali ke atas