Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
39A bird in the hand is worth two in the bushSesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.Harapkan si untung menggamit, kain di badan jangan didedahkanWe decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwiseKami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu harapkan si untung menggamit, kain di badanPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas