608 | One good turn deserves another | Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). | Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. | ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
624 | United we stand, devided we fall | Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. | Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* | ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. | ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
292 | Nothing ventured, nothing gained | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing ventured, nothing gained . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
291 | Nothing venture, nothing win | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
290 | Nothing venture, nothing have | Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya. | Belum cuba belum tahu | At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing have . | Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
268 | A house devided against itself cannot stand | Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah. | Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh | We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand. | Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh . | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
481 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
480 | Practice makes perfect | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Alah bisa tegal biasa | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
479 | Custom makes all things easy | Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya. | Alah bisa tegal biasa | ''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent. | ''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
75 | If the shoe fits, wear it | Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. | Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan) | When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. | Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |