Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua.sa] | کواس

Definisi : 1. daya atau kemampuan (utk melaku­kan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentu­kan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut “enam kuasa tiga”, iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat­dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya; berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berke­mampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: setiap orang Malaysia berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; menguasakan memberi kuasa kpd, me­wakilkan: anaknya dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau me­nguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai pengua­saan; penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : ark sj tongkat yg hujungnya ber­cangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua.sa] | کواس

Definisi : 1 kemampuan atau kekuatan utk melakukan sesuatu; tenaga; daya: Apa ~ kita menentang pengganas-pengganas yg bermaharajalela di sana? 2 hak yg diberikan (kpd seseorang, persatuan, badan dll) utk mengurus atau utk melakukan sesuatu: Beliau telah diberi ~ menangkap sesiapa yg melanggar undang-undang. 3 hasil yg diperoleh dgn mendarabkan sesuatu nombor dgn nombor itu sendiri beberapa kali: ~ dua, ~ tiga; ~ empat. Dua ~ tiga ialah 2 ´ 2 ´ 2 iaitu 8. ~ air tenaga yg diperoleh drpd air terjun atau air yg mengalir, utk menjalankan jentera dll. ~ atom tenaga yg diperoleh drpd pecahan nukleus. ~ elektrik tenaga elektrik (utk menjalankan jentera dll). ~ ghaib kekuatan yg diperoleh drpd sesuatu yg tidak dpt dilihat; kesaktian. ~ kuda a. tenaga atau kekuatan kuda. b. kekuatan enjin atau motor utk mengangkat 550 paun setinggi satu kaki dlm masa satu saat. berkuasa mempunyai kuasa; berhak atas sesuatu atau berhak melakukan sesuatu; dpt atau boleh melakukan sesuatu; berdaya; sanggup; mampu: Dia tidak ~ membuat kerja itu. Siapa yg sebenarnya ~ di sini? menguasai 1 berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pd: Pasukan keselamatan telah dpt ~ kawasan itu semula. 2 mentadbirkan (negara dll); mengurus; memerintah: Orang-orang asing masih ~ syarikat-syarikat besar di negara kita. kekuasaan kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. penguasaan perbuatan atau hal menguasai: ~ bahasa Melayunya sangat lemah. penguasa orang yg berkuasa atas sesuatu atau utk mengurus sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(5)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
195To fish in troubled watersCuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.Menahan jerat di tempat gentingThe two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan jerat di tempat genting dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
194To fish in troubled watersCuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.Menahan lukah di pergentinganThe two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
193To fish in troubled watersCuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.Menangguk di air keruhThe two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menangguk di air keruh dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
354Man proposes, God disposesManusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. “Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa, tuan'', jawab pengurus.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
540There's no smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapHujan berpohon, panas berasalThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
535No smoke without fireKhabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakapKalau tiada api, masakan ada asapThe government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
233When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Bertemu teras dengan beliungThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu teras dengan beliung bersua baji dengan matan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
232When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Anjing galak, babi beraniThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
231When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Bertemu mura dengan tedungThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu mura dengan tedung.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
230When Greek meets Greek, then comes the tug of warApabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.Tahan baji oleh kelidaiThey world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of warPertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - tahan baji oleh kelidai.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas