Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : 1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ me­nentang bahaya maut; minta ~ minta di­hidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau di­campurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan ber­se­nyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.wa] | ڽاوا

Definisi : roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan men­jadikan senyawa; menjadikan s­e­bati.mempersenyawakan menjadikan ber­­­­­­­­­se­nyawa; menjadikan bersebati. ­per­­senyawaan 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyawa (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,

2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,

Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa,

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Satu nyawa dua badan.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(16)

491

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
493Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBiarlah terjual nyawa, jangan terjual namaI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
491Do right and fear no manTidak takut untuk bertindak atas nama kebenaranBiarlah terjual nyawa, jangan terjual namaI'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
403Troubles never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah jatuh ditimpa tanggaIt is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
402Misfortunes seldom come aloneMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah jatuh ditimpa tanggaIt is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
401Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaTerjatuh dihimpit janjang.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, terjatuh dihimpit janjang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
400Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaKemudi patah perahu tembukIt is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, kemudi patah perahu tembuk. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
399Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah jatuh ditimpa tangga.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
398Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaMalang tiada datang tunggalIt is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, malang tiada datang tunggal. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
397Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaSudah dibeban dihela pula.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, sudah dibeban dihela pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
396Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaUntung melambung, malang menimpa.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, Untung melambung, malang menimpa. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
12

Kembali ke atas