| pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| monontian Kd | mengandung. | Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |