Empat Besar | empat kuasa besar, iaitu Perancis, Britain, Itali dan Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Pertama | Kamus Dewan Perdana |
epimenorea | kedatangan haid yg terlalu kerap, iaitu kitarnya kurang drp 28 hari, dan tidak tetap jedanya | Kamus Dewan Perdana |
entalpi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: H | Kamus Dewan Perdana |
embrio | hasil persenyawaan antara ovum dgn sperma yg berkembang pd peringkat awal, iaitu enam atau tujuh hari selepas konsepsi hingga minggu kelapan | Kamus Dewan Perdana |
entropi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur ketaktertiban atom, ion atau molekul sst sistem, iaitu ketiadaan haba dlm sst sistem utk diubah kpd kerja mekanikal. Simbol: S | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |
berekabahasa | bertutur dlm satu bahasa sahaja, iaitu bahasa ibundanya | Kamus Dewan Perdana |
EON | Edaran Otomobil Nasional Berhad. EON ialah syarikat pengedaran kereta yg ditubuhkan utk mengedar kereta Malaysia yg pertama, iaitu Proton | Kamus Dewan Perdana |
ekliptik | garisan melengkung yg dibayangkan wujud di langit kesan pergerakan tahunan Bumi mengelilingi Matahari, yg mengandungi 12 zodiak, iaitu Skorpio, Leo, Akuarius, Aries, Pises, Kaprikorn, Gemini, Sagitarius, Libra, Kanser, Virgo dan Taurus yg setiap satu lebarnya 30° dan tingginya 8° ke utara dan selatan dr tengah-tengah garisan | Kamus Dewan Perdana |
ekuinoks | waktu matahari berada di khatulistiwa menyebabkan siang dan malam sama panjang di serata tempat di dunia, iaitu pd 20 Mac dan 22 September atau 21 Mac dan 23 September setiap tahun | Kamus Dewan Perdana |