ekor tikus | kikir yg kecil, panjang dan bulat yg digunakan utk membesarkan lubang yg berbentuk bulat dan lubang yg melengkung | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
ekor lotong | meriam lama yg kecil dan mempunyai pemegang yg panjang dan melengkung ke atas sehingga ke bahagian hujung meriam tsb, yg menyerupai ekor pd lotong | Kamus Dewan Perdana |
empirang kasai | ikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lain | Kamus Dewan Perdana |
enkeromong | alat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayu | Kamus Dewan Perdana |