Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisah­kan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : sj tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan, Ternstroemia bancana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kua/] | کواق

Definisi : gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kua/] | کواق

Definisi : bunyi spt bunyi kerbau atau bunyi katak. menguak mengeluarkan bunyi kuak; berbunyi (bkn kerbau atau katak). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuak (kata kerja)
Bersinonim dengan selak, singkap, buka, dedah;,
Kata Terbitan : berkuak, terkuak, menguak, menguakkan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stroke 5. a style or method of swimming, kuak, gaya: it was the first time the spectators had seen the butterfly ~ performed, itu ialah kali pertama penonton melihat kuak kupu-kupu dilakukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bullfrogn katak kuak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breast-stroken (renang) kuak dada.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
backstroken (in swimming) kuak lentang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swim vt 1. use particular stroke to move through water, berenang: to ~ breast-stroke, berenang kuak dada;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gutturaladj 1. throaty, garau, garuk: a ~ voice, suara yg garau; the frog’s ~ croakings, kuak katak yg garuk itu; 2. (ling) gutural: ~ consonant, konsonan gutural; German is a ~ language, bahasa Jerman ialah bahasa gutural; a language rich in ~ sounds, bahasa yg kaya dgn bunyi-bunyi gutural.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stroke4. any of a series of repeated movements, a. (swimming) action of moving the arms and legs in swimming, kuak: the leading swimmer quickened his ~s and drew away from the others, perenang yg paling depan mempercepat kuaknya dan meninggalkan perenang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chorusn 1. choir, koir; 2. (refrain) baris ulang; 3. group of singers or dancers performing together in a show, korus; 4. utterance by a group,[not translated]: his announcement gave rise to a ~ of protest, pengumumannya disambut dgn bantahan; 5. (of sound made by birds, insects, etc) bunyi + approp n: they sat on the verandah listening to the ~ of frogs, mereka duduk di beranda sambil mendengar bunyi kuak katak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas