crusher | penghancur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pengurang saiz ketulan pepejal yang digunakan pada peringkat awal untuk memecahkan tongkolan pepejal yang besar ke saiz 6 hingga 10 inci. Penghancur kedua digunakan untuk menghasilkan ketulan bersaiz � inci. Alat ini menghancurkan pepejal dengan menggunakan mampatan pada kadar yang perlahan. Penghancur jenis ini termasuk penghancur rerahang, penghancur berputar dan penghancur gelungan. |
ultrafine crusher | penghancur ultrahalus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penghancur yang menghancurkan ketulan pepejal yang bersaiz kurang daripada � inci hingga ke saiz 1 � 50 mikron dengan menggunakan prinsip geseran. |
agitated mill crusher | penghancur kisar teraduk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penghancur untuk zarah ultrahalus yang keras, seperti silika atau titania. Alat ini terdiri daripada satu silinder 1 � 300 gelen yang dilengkapi dengan bebilah. Buburan pepejal tersebut disuap di bahagian atas silinder dan dihancurkan oleh bebilah yang berputar lebih kurang 20 putaran/saat. Serbuk halus dalam bentuk buburan di keluarkan daripada bahagian bawah silinder. |
pebble mill | pengisar kelikir | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penghancur bahan pepejal yang mempunyai kelompang berbentuk silinder atau kon yang berputar pada paksi mendatar. Elemen penghancur dan pengisar terdiri daripada bebola batu dan keluli atau tembikar. Alat ini biasanya digunakan untuk menghasilkan serbuk arang batu. |
choked crushing | penghantaran tercekik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah penghancuran ketulan pepejal yang tidak cekap apabila ketulan pepejal yang sama beberapa kali melalui penghancur sebelum dikeluarkan sebagai produk kerana alat penghancur tidak dilengkapi dengan saluran pengeluaran produk. |
free crushing | penghantaran percuma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah penghancuran yang direka bentuk dan dikendalikan supaya ketulan pepejal yang telah pecah boleh dikeluarkan secepat mungkin daripada alat penghancur. Saiz ketulan produk yang tidak menepati saiz tertentu akan disuap balik ke dalam penghancur. Kaedah ini merupakan kaedah penghancuran cekap dan dengan itu dikatakan proses penghancuran percuma. |
crusher | penghancur | Geologi | Tiada | Tiada |
communitor | penghancur | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
comminutor | penghancur | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
crusher | penghancur | Kejuruteraan | Tiada | Mesin untuk memecahkan batuan dan bahan-bahan pukal yang lain. |