Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.sa.ma] | سقسام

Definisi : 1 tidak terburu-buru; cermat dan hati-hati sekali: Tiap-tiap masalah hendaklah dikaji dgn ~. 2 tepat benar dan sesuai sekali; tidak salah lagi. Anak-anak hendaklah dididik supaya dpt menghitung dgn ~. kesaksamaan hal atau keadaan saksama; ketelitian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saksama (adjektif)
1. Bersinonim dengan cermat: hati-hati, berhati-hati, hemat-hemat, teliti, waspada, berambi, picik, celi, rapi, perdata,
Berantonim dengan sembarangan

2. Bersinonim dengan adil: seimbang, sama, setimpal, setara, sebanding, sama rata,
Berantonim dengan berat sebelah

3. Bersinonim dengan berpatutan: sesuai, layak, kena, tepat sekali, setimbal, setimpal, sebaik-baiknya,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : kesaksamaan,

Peribahasa

Tinggi disusupi,
     rendah dilangkahi.

Bermaksud :

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fairtradeperdagangan saksamaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerkongsian perdagangan berdasarkan persetujuan, ketelusan dan penghormatan di peringkat antarabangsa. Perdagangan saksama dapat menyumbang kepada pembangunan mampan dengan menawarkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk menjamin kepentingan ekonomi, sosial, pengeluar serta pekerja.
fair-share planrangsangan saksamaSosiologiTiadaSatu konsep dalam perancangan yang memastikan setiap golongan masyarakat mendapat bahagian yang saksama.
fair-share planrangsangan saksamaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu konsep dalam perancangan yang memastikan setiap golongan masyarakat mendapat bahagian yang saksama.
Just Transition MechanismMekanisme Peralihan SaksamaAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialRangka kerja dasar untuk memastikan peralihan yang saksama ke arah ekonomi rendah karbon yang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. Mekanisme ini merupakan sebahagian daripada rancangan pelaburan Perjanjian Hijau Eropah.
skewnesskepenconganHidrologiTiada(1) Kurangnya simetri sesuatu taburan kekerapan bagi N cerapan suatu variat X yang minnya X. (CHOW) (2) Koefisien yang menyatakan kepencongan Cs O = sisihan piawai A = anggaran saksama a s = anggaran saksama o
equitable geographical distributionpembahagian geografi saksamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPengagihan keanggotaan dalam pertubuhan dan agensi antarabangsa mengikut geografi secara adil dan saksama. Amalan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap benua mempunyai wakil dalam pertubuhan atau agensi berkenaan. Contohnya, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipilih berdasarkan agihan kedudukan geografi.
fair tradeperdagangan saksamaAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusAmalan membeli barangan daripada pengeluar negara membangun dengan harga yang adil bagi memastikan pekerja mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan upah yang saksama.
Just Transition FundDana Peralihan SaksamaAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)SosialPeruntukan kewangan untuk menyokong kawasan dan komuniti yang paling terjejas akibat peralihan ke arah neutral iklim. Dana ini merupakan tonggak pertama dalam Mekanisme Peralihan Saksama.
unbiasedsaksamaMatematikTiadaTiada
unbiassaksamaMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas