Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : banjar, baris, deret; sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (ting­kat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya se­karang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~; menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan; kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan; penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; berjajar berderet, berbaris, berbanjar; berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, ber­banjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu; menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), me­nyetarafkan; jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ gen­jang Id segi empat selari; penjajaran perihal (perbuatan dsb) men­jajarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jajar (kata nama)
Bersinonim dengan bandar, deret, baris, leret, derek, nirai, jejer;,
Kata Terbitan : sejajar, menjajarkan, penjajaran, berjajaran, jajaran,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nirai[ni.ÒAj]kata namabarisan (pokok padi dan lain-lain), jajar.Hang kena kerat padi nirai hak kiri dulu baru nirai hak laen.[hAN k«.nA k«.ÒAt pA.di ni.ÒAj hA/ ki.Òi du.lu bA.Òu ni.ÒAj hA/ lAen]Engkau kena memotong padi barisan yang kiri dahulu, baharu barisan yang lain.

Kembali ke atas