Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ti] | جاتي

Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atau­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg kayunya baik utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis; hutan ~ hutan yg terdiri drpd pokok jati; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius; ~ laut sj tumbuhan (pokok), se(n)tada, Podocarpus polysta­chyus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ti] | جاتي

Definisi : nama sj pokok yg kayunya sangat bagus utk dibuat perkakas rumah dll, Tectona grandis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
samsam[sAm.sAm]kata namawarganegara Malaysia (biasanya peranakan Melayu Siam di daerah sempadan dengan Thailand) yang berbahasa Siam dan Melayu.Hang ni orang Kedah jati ka orang samsam.[hAN ni .ÒAN k«.dAh dZA.ti kA .ÒAN sAm.sAm]Engkau ini orang Kedah jati atau orang Samsam.

Kembali ke atas