Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan marah; kegusaran (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mukat[mu.kAt]kata kerjamencari pasal, mencari sebab, mencari gaduh, membangkitkan kemarahan seseorang.Jangan dok mukat, dengan orang tu dia tu pongoh tak ketahuan halang.[dZA.NAn do/ mu.kAt d«.NAn .ÒAN tu di.jA tu p.Nh tA/ k«.tA.hu.wA hA.lAN]Jangan mencari pasal dengan orang itu kerana dia perungus tidak bersebab.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merekam I.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«N.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.
merekam II[m«.Ò«.kAm]kata adjektifberkenaan seseorang yang menyimpan perasaan marah, memendam rasa, kemarahan; merengkam.Dah lama dia dok merekam kat budak tu pasai perangai dia tu tak senonoh sangat.[dAh lA.mA di.jA do/ m«.Ò«.kAm kAt bu.dA/ tu pA.sAj p«.ÒA.NAj di.jA tu tA/ s«.no.noh sA.NAt]Sudah lama dia memendam rasa marah kepada budak itu kerana perangainya yang sangat tidak sopan.

Kembali ke atas