Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.nar] | نانر

Definisi : 1. berasa agak pening (kerana kena pukul, tumbuk, dll), pening lalat: budak itu ~ setelah kena tempeleng; 2. menjadi bingung (kerana kesusahan dll), tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan; berjalan cara ~ berjalan-jalan kebingungan; 3. sangat marah, meradang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.nar] | نانر

Definisi : Tr nakal (kelakuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.nar] | نانر

Definisi : 1 berasa pening sedikit (kerana kena tempeleng, kena tumbuk dll); pe­ning-pening lalat. 2 hilang akal (kerana kesusahan dll); bingung. 3 marah sekali; meradang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nanar (adjektif)
1. Bersinonim dengan pening lalat: berat kepala, pusing kepala, puyeng, mumet,
Berantonim dengan selesa

2. Bersinonim dengan bingung: runsing, tercengang-cengang, terpinga-pinga, tidak tentu haluan, habis fikiran, keder, teringa-inga, kacau, termangu-mangu, mangut, melengung, mamang,
Berantonim dengan waras.



Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rempang[Ò«m.pAN]kata adjektifberkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; kereko.Dia kata apa pon kat hang tok sah dok kera, dia tu rempang siket.[di.jA kA.tA A.pA pon kAt hAN to/ sAh do/ kE.ÒA di.jA tu Ò«m.pAN si.ket]Walau apapun yang dikatakan kepada kamu, janganlah dipedulikan kerana dia itu gila-gila bahasa sedikit.
kereko[k«.re.ko]kata adjektifberkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; rempang.Jangan dok peduli kat depa, depa tu kereko.[dZA.NAn do/ p«.du.li kAt dE.pA d«.pA tu k«.re.ko]Jangan pedulikan mereka kerana pemikiran mereka tidak sempurna.
kereko[k«.rE.ko]kata adjektifberkenaan pemikiran, kelakuan yang tidak begitu sempurna, gila-gila bahasa, tiga suku, nakal-nakal, nanar; rempang.Jangan dok peduli kat depa, depa tu kereko.[dZA.NAn do/ p«.du.li kAt dE.pA d«.pA tu k«.rE.ko]Jangan pedulikan mereka kerana pemikiran mereka tidak sempurna.

Kembali ke atas