Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jatuh terbaring (orang dll), terletak ber­­baring atau bertiduran (pokok dll), tum­­bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter­lentang di atas lantai; membawa (mem­beri) ~ menjatuhkan (meng­gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng­hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rebah (kata kerja)
Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Satu dijentik,
     sepuluh rebah.

Bermaksud :

Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pedap I[p«.dAp]kata kerjamengelap, menyerapkan (air, dakwat dan lain-lain) dengan menggunakan kain atau kertas dan sebagainya.Dia pedap darah kat lutut anak dia hak luka pasai rebah.[di.jA p«.dAp dA.ÒAh kAt lu.tut A.nA/ di.jA hA/ lu.kA pA.sAj Ò«.bAh]Dia mengelap darah di lutut anaknya yang luka kerana rebah.
daeh[dAEh]kata kerjamenghulurkan kaki untuk menampan (menghalang dan lain-lain) kaki lawan supaya jatuh (rebah dan lain-lain), bentes.Masa depa dok rebot bola tu, dia daeh kaki penyerang tu sampai jatoh tesungkoq.[mA.sA dE.pA do/ Ò«.bot b.lA tu di.jA dAEh kA.ki p«.ø«.ÒAN tu sAm.pAj dZA.toh t«.suN.kâÖ]Semasa perebutan bola, dia telah membentes penyerang itu sehingga tersungkur.

Kembali ke atas