Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : (sénténg) 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan (wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau; menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), me­ngurang-kan; kesentengan perihal senteng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : (sénténg) (Bali) kain kemban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.téng] | سينتيڠ

Definisi : /sénténg/ 1 tidak cukup pan­jangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senteng (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: singkat, cupul, cupet, sontok,
Berantonim dengan labuh

2. Bersinonim dengan tidak cukup: kurang, merosot, susut,
Berantonim dengan mewah

3. Dalam konteks bp
bersinonim dengan cacau, racau, kacau, keliru, kusut, bingung,
Berantonim dengan waras

Kata Terbitan : menyentengkan, kesentengan,

Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
capong[tSA.poN]kata adjektifberkenaan kain, langsir dan lain-lain yang senteng atau singkat kerana tidak menepati ukuran.Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka.[m«.lAh tu mE.mAN ÒEn.dZN bi.lA pA.kAj kAen A.de/ di.jA kAen dZA.di tSA.poN pA.sAj A.de/ di.jA pEn.dE/.pEn.dE/ b«.lA.kA]Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka.

Kembali ke atas